SAYA bersedia mengacarakan majlis ini setelah diundang oleh Encik Ahmad Zohari semasa mengacarakan majlis resepsi perkahwinan anakanda Dato' Ahamad Kuris, Aimi Huraira dan Alphy Syahril Idzuan pada 3 Mac 2012 di Anggerik Villa, Kajang, Selangor.
''Insya-Allah," kata saya ringkas sambil menghulurkan kad nama kepadanya.
"Berapa En Khairi caj?"
"Nanti saya call, kita bincang. Maaf, tak dapat sembang lama sebab majlis tak habis lagi." Tangan dihulur dan sekali lagi kami bersalam erat.
II
Hari yang dijanjikan saya sampai di dewan majlis seawal jam 11.30 pagi. Ketika saya mencari ruang untuk pakir kereta, kelihatan sudah ramai tetamu hadir dengan pelbagai variasi.
"Berapa En Khairi caj?"
"Nanti saya call, kita bincang. Maaf, tak dapat sembang lama sebab majlis tak habis lagi." Tangan dihulur dan sekali lagi kami bersalam erat.
II
Hari yang dijanjikan saya sampai di dewan majlis seawal jam 11.30 pagi. Ketika saya mencari ruang untuk pakir kereta, kelihatan sudah ramai tetamu hadir dengan pelbagai variasi.
Ketibaan saya disambut Encik Ahmad Zohari, bapa pengantin lelaki, Khairil Nazmi dan penanggah yang segak berpakaian baju melayu dengan ramah.
Di dalam dewan kedengaran suara DJ berceloteh sambil memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Boleh tahun juga DJ ni, orang lama katakan. Saya salam kenal dengannya terlebih dahulu sambil bincang tentang aturcara majlis.
Tepat 1.30 tengah hari kedengaran paluan kompang bergema di luar dewan. Sejurus kemudian pasangan pengantin yang segak lagi bergaya beriringan berganding tangan mengatur langkah sopan menuju ke singgahsana pelamin yang tersergam indah.
Putih cahaya si kunang-kunang
Terbang hinggap di dahan kayu
Di antara sireh beradat pinang
Renjis dipilis adat melayu.
Selepas bacaan doa yang dipimpin Ustaz Mohd Anis Banaji, upacara merenjis pengantin dilmulakan dengan iringan instrumental muzik latar Renjis Dipilis. Seperti biasa saya turut berpantun mengiringi upacara ini yang dimulakan Tetamu Kehormat YBhg Tan Sri Muhammad bin Haji Muhd Taib dan Puan Sri Asbi Rohani binti Asnan.
Majlis diteruskan dengan makan beradab pasangan mempelai di meja santapan utama dikuti upacara memotong kek perkahwinan sejurus kemudian. Sewaktu saya meninggalkan majlis selepas berakhirnya tugasan sekitar 2.30 petang masih ramai lagi para tetamu hadir memenuhi undangan.
DJ Ahmad kembali meneruskan tugasnya berceloteh sambil memainkan lagu-lagu pilihan bagi menceriakan majlis yang dijadualkan berakhir pada jam 4.00 petang.