Mr Emcee: 2010

07 September 2010

Salam Aidilfitri


Ramadan ...
ditangisi pemergianmu
dengan rasa keinsafan
dalam syukur disambut Syawal
cahaya kemenangan dari satu perjuangan.

Aidilfitri ...
menerangi jiwa
menghimpun kasih sejahtera
bermaafan melupa sengketa berziarah
jalin silaturahim sesama kita.

Berakhirnya Ramadan tidak bermakna berakhirnya amalan. Ibadat puasa yang dilalui sebenarnya sebagai satu perjuangan yang menemui saat kemuncak, Syawal. Hari kemenangan dari perjuangan yang ditempuhi dengan niat yang suci, ikhlas dan ketaqwaan.

Syawal mengajar erti kemaafan dan kemurnian jiwa. Perselisihan dijauhkan dan pertelingkahan didamaikan. Tangan dihulur, kemaafan dipinta. Semoga kembali ke fitrah manusia!

Salam lebaran.

11 Ogos 2010

Salam Ramadan al-Mubarak


Alhamdulillah, Allah mempertemukan lagi dengan Ramadan 1431 Hijri. Semoga kita sentiasa teruja menjalani ibadah yang penuh keberkatan ini.

Sesungguhnya ...
"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya bebas daripada api neraka".
Maksud Al-Hadis.

Salam Ramadan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign