Mr Emcee: ICQCC '10

ICQCC '10

Biarkan gambar berbicara...
 
  
TerraBytes bukti keunggulan
 Raih Anugerah Emas pada pertandingan di India

BANGGA ... Pasukan TerraBytes merakam kenangan selepas memenangi Anugerah Emas di Hyderabad, India.
 
TerraBytes iaitu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencipta sejarah apabila meraih Anugerah Emas dalam pertandingan International Convention On Quality Concepts Circles (ICQCC) ke-34 yang berlangsung di Hitex Convention Centre, Hitech City, Hyderabad, India.

Bertemakan Develope People For Better Tomorrow, konvensyen yang berlangsung pada 13 - 17 Oktober 2010 itu bertujuan berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, selain menghasilkan ciptaan berinovasi bagi meningkatkan mutu produktiviti pengurusan.

TerraBytes mengungguli persaingan yang disertai 2916 delegasi daripada 440 kumpulan Negara Asia yang menyertai pertandingan antaranya Malaysia, Jepun, Thailand, Filipina, Singapura, China, Korea dan Taiwan.

Konvensyen kali ini dianjurkan India selaku tuan rumah selepas 1989 di New Delhi dan 2002 di Lucknow.

Pengarah JKDM, WPKL, Dato' Saadon Mohd Dros berkata, TerraBytes mempertaruhkan projek Electronic Vehicle Tender atau dikenali e-VT, satu sistem bidaan kenderaan lucut hak kastam dalam talian (online) mula diperkenalkan pada 2008.

"Dianggotai 10 ahli, TerraBytes adalah KIK tunggal daripada sektor awam mewakili Malaysia sejak ICQCC diperkenalkan pada 1976 di Seoul, Korea Selatan.

"Kami juga menerima jemputan bagi ICQCC ke-35 bertema International Search For Most Outstanding QCC Projects 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 14 September 2011 di Pacifio, Yokohama, Jepun," katanya.
 
- HARIAN METRO, 24 DISEMBER 2010 
 





1 ulasan:

  1. seronoknyaaa.. dpt tgk negri orang.. syukurrr.. rezki terrabytes.. hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign