Mr Emcee: 2015

26 Ogos 2015


Biarkan gambar berbicara...



Berkolaborasi dengan pasukan kompang yang dibawakan oleh Jalal Kompang Event dan Al-Fadil Ustaz Mohamad Idris Bin Saniman (kanan) yang mengetuai bacaan doa dan selawat taslim.


20 Ogos 2015


Sama-sama ceria, sama-sama teruja...



Diolah teliti disusun lima
Atas cerana bunga berseri
Setelah menanti sekian lama
Kini bergelar suami isteri.

Disamping mengacarakan majlis turut memimpin bacaan doa.




19 Ogos 2015


Selagi diizinkan-Nya berbicara...

Arcisa turut memeriahkan majlis raikan cinta Norshatila dan Fitri.

18 Ogos 2015

Alhamdulillah, selagi diizinkan-Nya berbicara...




10 Ogos 2015

Mr.EmCee Si Songkok Tinggi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sudah lama tidak menulis di blog saya yang tidak sepertinya ini.  Ada teman-teman bertanya kenapa menyepi diri.  Kenapa ye?  

Apa pun, insya-Allah, saya akan kembali memaparkan aktiviti pengacaraan majlis saya semampu mungkin.  Saya akan  mencari dan mengumpul gambar-gambar untuk kembali saya kongsikan di sini.

Alhamdulillah, 'Uncle Khairi @ Mr.EmCee Si Songkok Tinggi' ini masih menerima sejumlah undangan untuk mengacarai majlis perkahwinan. Itulah keutamaan saya kerana majlis perkahwinan yang dilangsungkan di hujung minggu tidak perlu saya memohon cuti rehat.

Jujurnya saya tidak mahu berlakunya konflik antara tugasan hakiki dengan aktiviti peribadi. Maklumlah, saya masih seorang penjawat awam pada tahun-tahun terakhir sebelum melangkah ke alam persaraan!

Oh ya, kepada 'anakanda-anakanda' bakal pengantin yang mungkin masih tercari-cari pengacara majlis, 'ayahanda' sudi memenuhi undangan kalian. Itupun, andai perlukan seorang 'Pengacara Majlis Otai'

Terima kasih dan mungkin juga tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri 1436H.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign