Mr Emcee: Mei 2012

27 Mei 2012

EMCEE



Permata Untuk Isteri lagu pilihan Dr Najman khas buat Dr Liyana
Dr Najman dan Dr Liyana mencari Erti Cinta sebenar
Kad undangan Majlis Resepsi Perkahwinan  Dr Maryam Liyana dan Dr Mohd Najman
Rahsia LIYANA terpendam lama
Bagai purnama dilindung awan
Kini terungkap segala bicara
NAJMAN di sisi tampan idaman. 


Tepat jam 1.00 tengah hari, pasangan raja sehari, Dr Liyana dan Dr Najman beriringan berganding tangan menuju ke singgahsana pelamin dengan diiringi selawat Kumpulan Mirwana.





Merakam gambar kenangan di sisi banner 'Selamat Datang Ke Majlis Raja Sehari - Najman - Liyana'



21 Mei 2012

EMCEE


Iklil dan Asraf ceria di pelamin ilham Kerja Kahwin Design
Banner Selamat Datang Majlis Perkahwinan Iklil dan Asraf turt mengalu-alukan kedatangan tetamu undangan
Kad undangan perkahwinan Iklil dan Asraf bertulis tangan mata pena


14 Mei 2012

EMCEE

Zahirah anggun berbusana kuning diraja disisi suami tercinta, Dzahir yang turut bertali leher kuning diraja

Razak turut menyumbangkan lagu Sedetik Lebih
Kad Perutusan Raja Sehari, Dzahir dan Zahirah disimpan sebagai koleksi
SYED Mohd Dzahir empunya nama
Orangnya kacak lagi berbudi
Bersama Nurul Zahirah tersurat jodohnya
Tampak keduanya sama serasi.                     
Anggun berbusana kuning diraja, Zahirah  dan suami tercinta, Dzahir mengatur langkah seiringan 'mencemar duli' ke dalam dewan  menuju singgahsana pelamin.

Paluan kompang Kumpulan Hadrah, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan alunan selawat  begitu bermakna dan menceriakan suasana.

Selepas para hadirin menadah tangan dan mengaminkan doa pimpinan Ustaz Ramli Andak, pasangan raja sehari tampak teruja di singgahsana pelamin, meskipun tidak  ada upacara merenjis.  

Ketika upacara makan beradab berlangsung, Razak yang menyediakan perkhidmatan  p.a. sistem turut menarik perhatian audien apabila menyumbangkan beberapa buah lagu, antaranya Ombak Rindu dan Sedetik Lebih.

Sebelun sesi bergambar berlangsung, majlis diserikan dengan upacara memotong kek perkahwinan.  Dzahir dan Zahirah memilih Penghujung Cinta sebagai lagu latar adegan bersuap-suapan secebis potongan kek antara mereka.

"Ke mana destinasi bulan madu?"  Soalan lazim yang saya ajukan kepada pasangan mempelai di akhir majlis.

"Insya-Allah, Bali", jawab Zahirah sambil menjeling Dzahir, tersipu.

Jujurnya, ada kepuasan di wajah saya mengacarakan majlis ini.  Saya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada keluarga dan pengantin sendiri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Terima kasih diucapkan.

Saya turut menghargai pasangan suami isteri, En Wan Abdullah dan Puan Indasah yang telah mengajukan nama saya kepada tuan rumah majlis, Tuan Haji Syed Abdul Razak Syed Hussain dan Puan HajahFouziah Pakiruddin bagi mengacarakan majlis walimatul urus anakanda mereka.

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan saya  di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.  Insya-Allah, saya  akan  kembali  lagi  mengacarakan majlis perkahwinan pada 19 Mei 2012 di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Ya, Allah, berilah aku kekuatan!





03 Mei 2012

EMCEE



Antara venue EMCEE Majlis Resepsi Perkahwinan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign