Mr Emcee: 2014

10 November 2014


21 Oktober 2014


08 Oktober 2014


Pujian hanya bagi Allah...


03 Oktober 2014



ALHAMDULILLAH, Allah izinkan saya mengacarakan majlis resepsi perkahwinan ini. Terasa juga penatnya. Tapi bagi saya, penat itu nikmat!

Maklumlah, siang di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor manakala pada sebelah malamnya di Kelab Golf Kinrara, Puchong, Selangor.

Apapun, kesempatan yang diberikan, hanya ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan.

Khusus kepada pasangan mempelai, izinkan Uncle Khairi berpesan; 

Kalau pukat sudah direntang
Jangan dikira-kira kering dan basah
Kalau kasih sudah dipasang
Janganlah suka berpaling tadah.

Sayugia, demi kerukunan rumahtangga yang mantap dan teguh, ingatlah pesan Allahyarham Pak Hamka;

"Dasar yang paling teguh dan asli daripada suami dan isteri ialah amanah, ertinya percaya dan mempercayai di antara kedua pihak.

"Itulah tiangnya, itulah jiwanya, itulah pokok-pokok keberuntungan rumahtangga yang sejati, itulah pangkal kasih sayang, cinta dan rahmat."

Selamat menikmati kemanisan berbulan madu!


01 Oktober 2014

Combination Band turut memeriahkan majlis resepsi perkahwinan Nor'Ain dan Shahrizal di Taman Botani Putrajaya.   Kredit foto: Fb Akmal Zaki.

30 September 2014


21 Ogos 2014



09 Jun 2014


Teruja juga...
Berkolaborasi lagi bersama Kumpulan Gamelan Warisan.
Masih teruja...

02 Jun 2014


The Sibling's Band dianggotai enam adik beradik turut memeriahkan majlis resepsi perkahwinan Mohd Khairul Nizam dan Hafizah.

20 Mei 2014


Peterana bersemayamnya Raja dan Ratu Sehari, Dr. Anis dan Dr. Arif.

Bersama Cikgu Rodzi yang memimpin Kumpulan Gamelan Warisan.

Kumpulan Gamelan Warisan mencerikan majlis dengan persembahan pelbagai irama lagu lama dan baru.

19 Mei 2014


 


06 Mei 2014

28 April 2014 @ 
Pusat Konvensyen Shah Alam
Bersama 2H (Tuan Haizam (kiri) dan Tuan Hisham) selepas mengacarakan majlis Perasmian Seminar Percukaian IPT 2014.

24 April 2014 @
Pusat Konvensyen Shah Alam

21 April 2014


09 April 2014


Teruja pertama kali mengacarakan majlis di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor.

08 April 2014


Combination Band turut menghiburkan majlis resepsi Syazwan Fazlee dan Khairunissa.

17 Mac 2014



Kumpulan Hadrah al-Kawakib turut diundang menjayakan majlis resepsi perkahwinan Linda dan Izwan.

10 Mac 2014

Fa dan Firdaus tampak kacak dan anggun dengan busana sedondon sentuhan DIANA BRIDAL.

26 Februari 2014


Putra dan Dayana mengalu-alukan kunjungan tetamu jemputan.
HAMPARAN permaidani merah seolah-olah tidak sabar menunggu keberangkatan Putra dan Dayana untuk bersemayan di singgahsana pelamin indah tersergam. Aroma harumnya kuntuman mawar merah juga seolah-olah menggamit kunjungan tetamu jemputan dan berterima kasih atas kesudian hadir memenuhi undangan.

Usai saya memimpin bacaan doa, majlis diteruskan dengan acara merenjis. Alangkah terujanya Putra dan Dayana tatkala direnjis dipilis tetamu kehormat antaranya, YABhg. TUN AHMAD FAIRUZ BIN DATUK SHEIKH ABDUL HALIM dan isteri, YABhg. TOH PUAN MAZNI.
Berkolaborasi lagi bersama FLAVE.
FLAVE dianggotai Rahim (kiri) dan Kamal sentiasa menghiburkan dengan persembahan lagu-lagu malar segar.

Selagi dizinkan-Nya bersuara dan berbicara, teruja sentiasa.




Bersama Syahira mengacarakan majlis resepsi perkahwinan Fazal dan Zarina.
Papa Bo @ Ghani bekas anggota Heavy Machine turut diundang menyerikan majlis.

25 Februari 2014

Kuntuman Kasih
AMIRAH HANAN & AHMAD

4 Januari 2014
2 Rabiulawal 2014 (Sabtu)

DEWAN SERI SIANTAN
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3
PUTRAJAYA

LAZIMNYA saya takkan lepas peluang untuk merakamkan foto kenangan bersama pasangan mempelai. Tapi dengan pasangan  raja dan ratu sehari, Amirah Hanan dan Ahmad ini saya gagal berbuat demikian. 

Bukan apa, menjelang jam 11.15 malam pasangan '2A' ini masih lagi sibuk memenuhi hasrat para jemputan untuk merakam foto bersama di singgahsana pelamin. 

Tak pelah. Tak de rezeki kali ini. Apapun saya sempat bertemu sua dengan ayahanda, bonda dan kekanda Amirah, sebelum melangkah pergi. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi mengundang saya mengacarakan majlis. Saya juga pohon maaf sekiranya cara saya tidak seperti yang diharap-harapkan. Al-maklumlah, bukan senang untuk memenuhi citarasa setiap insan!

II

Usai mengacarakan majlis resepsi Noor Baizura dan Hariz Idnal sekitar jam 3.15 petang di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, saya bergegas ke Putrajaya untuk hadir raptai wedding dinner Amirah Hanan dan Ahmad.

Agh, terasa penat juga mengacarakan dua majlis dalam masa sehari, siang dan malam. Faktor usialah tu, bisik hati kecil saya.  Saya akui sebenarnya. Apapun, sejujurnya penat itu nikmat!

Alhamdulillah, menghampiri jam lima petang saya sampai di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.  Singgahsana pelamin sudah tampak tersergam indah. Di peterana itulah Amirah dan Ahmad akan bersemayam penuh gah. Raja dan ratu seharilah katakan!

III

Sekitar jam 8.00 malam petugas siap siaga bagi memulakan majlis.  Tetamu jemputan kian memenuhi ruang dewan.  Sejurus tetamu kehormat mengambil tempat  di meja VVIP paluan kompang tingkah meningkah memecah damainya suasana malam.

Beriringan dan berganding tangan, Amirah dan Ahmad melangkah sopan berangkat ke singgahsana dengan diiringi alunan selawat oleh Al-Fadil Ustaz Fadlullah Helmi Ismail @ selawatpengantin.com

Al-Fadil Ustaz Fadlullah Helmi Ismail bersama Kumpulan Qasidah Hadrah Al-Huda turut menyerikan majlis resepsi, Amirah dan Ahmad.
Saya mulakan majlis dengan serangkap pantun dan gurindam mengalu-alukan kehadiran para tetamu sebelum mempersilakan Al-Fadil Ustaz  Salahuddin Al-Ayubi Bin Dato' Haji Disa memimpin bacaan doa.

Acara salam restu diteruskan di kalangan tetamu kehormat, ayahanda dan bonda pasangan mempelai. Betapa terujanya Amirah dan Ahmad tatkala perkahwinan mereka direstui Sahibus Samahah Tan Sri Dr Harussani Bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak dan isteri, Puan Sri Hajah Ainon Binti Abdul Ghani.

Tidak ketinggalan merestui Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Puan Sri Latifah Binti Abdullah.

Burung jelatik burung geladan
Mencari sarang burung tempua
Amirah cantik Ahmad tampan
Bagai pinang dibelah dua.

Malam bermakna tidak terhenti di situ. Kumpulan Qasidah Hadrah Al-Huda tampil  dengan persembahan lagu-lagu Islamik mengiringi jamuan makan sebelum Amirah dan Ahmad menyempurnakan acara memotong pulut kuning.








05 Februari 2014

Raikan Cinta
NOOR BAIZURA & HARIZ IDNAL

4 Januari 2014
2 Rabiulawal 1435H (Sabtu)

DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur

"Maaf, kita jumpa dalam 5.30 petang ye... Uncle baru je habis mengacarakan majlis kahwin ni..."

"Ok, tak pe...  Uncle sampai Publika, masuk parking, pas tu naik eskalator.  Pas tu call saya.  Saya gi kat uncle."

"Ok, terima kasih."

Saya dan Baizura berbalas sms pada petang 14 Disember 2013, tiga minggu sebelum majlis berlangsung.  Jujurnya lokasi temu janji di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur begitu asing bagi saya.  Tempat elitlah katakan!

Apa pun sebagai tunjuk arah saya difahamkan Publika ni tak jauh dari Matrade (MECC) dan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Tu je...

Ya, betul.  Sejurus kemudian saya pun sampai destinasi yang dituju.  Huh, pandangan pertama saya banyak betul nama premis makanan yang tak pernah saya pandang dan dengar.

"Restoran mamak ada ke, Ira," tanya saya pada salah seorang anak kembar yang setia menemani. Turut sama, 'hero' saya, Ayie yang sedari tadi asyik dengan fbnya.

"Ayah ni tak habis-habis ngan mamak," usik kembar Ira, Ila sambil senyum-senyum.

***

Handphone saya berdering.  Saya pasti Baizura yang buat panggilan. Terkaan saya benar.  Akhirnya kami bersua muka buat kali pertama untuk bincang aturcara majlis resepsi perkahwinannya.

"Jom kita minum dulu, uncle," pelawa Baizura dan tunangnya, Hariz sambil senyum penuh seri.  Maklumlah, seri bakal pengantin abru katakan.

Saya dan Ayie ekori mereka.  Minum kat mana pulak ni, getus hati kecil saya.  Tapi yang pastinya bukan Restoran Mamak!
Merakam foto kenangan bersama Baizura dan Hariz di hadapan singgahsana pelamin sentuhan MNZ CREATIVE     


II

4 Januari 2014
2 Rabiulawal 1435H

Kumpulan Kompang As-Syakirin, Sungai Pencala, Kuala Lumpur, Flave dan saya selaku pengacara majlis yang berkolaborasi bersama MNZ CREATIVE @ www.mnz-creative.com siap siaga untuk memulakan majlis.

Tepat 1.30 tengah hari sejurus azan fardu zohor, di luar dewan kedengaran paluan kompang memecah damainya suasana.  Pasangan raja dan ratu sehari, Baizura dan Hariz diarak hingga ke pintu gerbang dalam dewan.

Selepas selawat taslim berakhir, Baizura dan Hariz berangkat untuk bersemayam di singgahsana pelamin dengan diiringi instrumental Forever In Love tiupan saxophone Flave.

Saya mulakan majlis dengan bacaan doa diikuti acara merenjis.  Boleh tahan jugak ramainya perenjis seperti senarai yang diberikan kepada saya.  Tak pelah.  Kita ikut je kehendak tuan rumah majlis.  Saya tidak akan mempersoalkannya.  Jangan banyak songeh dan lawan taukeh!

Berakhirnya acara merenjis dengan musik latar instrumental malar segar, Renjis-Renjis Dipilis, diteruskan majlis dengan santapan beradab pasangan mempelai dan tetamu kehormat di meja santapan utama.

Flave mengambil giliran dengan persembahan lagu-lagu yang mengembalikan nostalgia masa lalu.  Meskipun dengan instrumen saxophone dan gitar tapi tampak mengujakan.

Sekitar jam 2.00 petang, Baizura dan Hariz sekali lagi berangkat ke singgahsana pelamin.  Dengan diiringi Kaulah Segalanya, lagu yang dipopularkan Ruth Sahanaya, lagu pilihan Baizura, upacara memotong kek sempurna sudah.

Di dalam hati kembang berbunga
Sudah berteman serumahtangga
Bahtera dilayar bersama-sama
Menuju pantai pulau bahagia.


04 Februari 2014

Teruja sentiasa...
PANTASNYA masa berlalu tidak terasakan.  2013 telah pun melabuhkan tirainya lebih sebulan yang lalu.  Ada suka, ada gembira, ada duka dan ada air mata dalam penitian hidup sepanjang tahun.

Semuanya diadun dan teradun menjadi rencah kehidupan dalam usia yang masih berbaki, dalam usia yang kian sempit dan menghimpit.

Dan bercerita tentang mengacarai majlis resepsi perkahwinan khususnya, tampak begitu menggalakkan.

Alhamdulillah, dengan sejumlah 70 undangan, 55 daripadanya diterima.  Bakinya tidak dapat dipenuhi kerana keadaan tidak mengizinkan.  Antaranya pertindihan tarikh majlis, komitmen dengan keluarga dan tugasan jabatan.

Dengan senario semasa saya yakin pada 2014 ini undangan akan menepati sasaran lagi.  Insya-Allah, kalau pun tidak mengatasi pencapaian lalu, tapi sekurang-kurangnya menyamai sudah cukup memadai.

II

Sepuluh tahun lalu, mengacarai majlis sekadar suka-suka, sekadar main-main.  Masa itu perasaan yakin, malu masih lagi tebal dan menebal menyelimuti diri. Meskipun sebenarnya dalam waktu yang sama saya boleh dikatakan aktif berlakun dalam drama radio. Sering diberikan kesempatan menjayakan antaranya, Panggung Drama, Sandiwara Radio dan Dra Irama terbitan radio (RTM).

Benarlah, masa mendatang tidak siapa pun berupaya menerka atau meramalnya.  Alhamdulillah, kini mengacarai majlis bagaikan telah menjadi kerjaya kedua! 

III

Jujurnya sebagai EMCEE yang serba kekurangan, saya tidak menjanjikan kesempurnaan.  Tapi aku janji saya, akan sentiasa berusaha untuk mengacarai sesuatu majlis yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin.

Alhamdulillah, menjelang Mei 2014 saya telah mendapat sejumlah 25 undangan mengacarai majlis perkahwinan di pelbagai venue.  Hatta telah ada yang minta saya blok tarikh majlis yang akan dilangsungkan pada November dan Disember ini.

Oh ya, atas saranan dan cadangan kawan-kawan juga saya telah mencabar diri turut menyediakan pakej yang difikirkan relevan untuk majlis perkahwinan.

Kesempatan dan keyakinan yang diberikan saya hargai.  Terima kasih atas segalanya.

Selagi diizinkan-Nya bersuara dan berbicara, teruja sentiasa.

"Ya Allah, terlalu banyak yang Engkau anugerah..."




11 Januari 2014

Raikan Cinta
RABIATUL ADAWIYAH & MOHD SHAFIQ

29 DISEMBER 2014
26 SAFAR 1435H (AHAD)

KOTA SERIEMAS
NEGERI SEMBILAN





10 Januari 2014


28 Disember 2013
25 Safar 1435H (Sabtu)

DEWAN GEMILANG
YAYASAN FELDA
Kelana Jaya
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan


Bagai irama dan lagu...
(Kredit foto - Fb Rizal)
Jadilah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign