Mr Emcee: Mei 2013

27 Mei 2013


SYA dan EPUL
bersama menganyam cinta bermakna


1.30 tengah hari -

Paluan Kumpulan Kompang An Nur, Danau Kota, Kuala Lumpur mengiringi keberangkatan pasangan Raja Sehari, Fasya dan Epul bersemayam di singgahsana pelamin tersergam indah.  Keceriaan terserlah pada wajah mempelai yang mengenakan busana songket sedondon hijau tua.

Suasana hening seketika semasa saya memimpin bacaan doa. Moga-moga doa dimakbulkan. Usai berdoa, acara merenjis menyusul di kalangan keluarga terdekat pasangan bahagia ini. Si ayah bonda terutamanya tampak teruja ketika merenjis pasangan anakanda tercinta.    

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek perkahwinan selepas santapan beradab. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Marhaban Nor Ain, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Ketua kumpulan, Puan Zainab Shaari turut meminta saya menyampaikan pantun pilihan ditujukan khas kepada Fasya dan Epul di samping ucapan, "jagalah kedua-dua ibu mertuamu."

Kain batik baju pun batik
Batik datang dari Jawa
Adik cantik abang pun cantik
Laksana pinang dibelah dua. 

Majlis turut dijayakan bersama Shahrul Nizam @ MY PA System Rental Services dan Haena Haezwani Jamal Photography selaku jurugambar rasmi.







21 Mei 2013


Nizar dan Ayu 
ke jenjang pelamin jua akhirnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign