Mr Emcee: 2012

29 Disember 2012


Terima kasih Adie...


Video ini dirakam semasa mengacarakan majlis perkahwinan Mohd Shuib dan Nurul Fasihah pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharam 1434H di Dewan Perdana, Keramat Mall, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada Adie @ weddingwave.tv yang telah menghasilkan video berdurasi dua minit ini.


27 Disember 2012


Disaat meraikan erti cinta...

 

24 Disember 2012




09 Disember 2012


Bila impian terlaksana...

Bertemu jodoh sukar diterka, tetapi lazimnya bibit percintaan bermula selepas pasangan sudah menyelami hati masing-masing.



27 November 2012


Noktah cinta...


20 November 2012

Hari bahagia, sama-sama ceria, sama-sama teruja
Kumpulan Gambus Al-Hilal, Muar, Johor memeriahkan majlis resepsi perkahwinan Aimi dan Zhafran
Berehat sebentar sementara pasangan mempelai menikmati Jamuan Makan Beradab sebelum majlis diakhiri acara memotong kek perkahwinan di singgahsana pelamin

16 November 2012



Kredit gambar - dari album Jalal Kompang
Kredit gambar - dari album jalal Kompang
... bersama rakan fb Adie WeddingWave
EMCEE tidak dilupakan, terima kasih...


12 November 2012


Bila cinta bersemi...



Menikmati nikmat cinta... 


"Majlis amat berseri dengan adanya Uncle Khairi.  Alhamdulillah, majlis dihoskan dengan amat cemerlang. Terima kasih banyak!"

Aduhai, siapalah uncle untuk dipuji. Apa pun, kita serahkan pujian itu hanya kepada Allah. 

Terima kasih juga diucapkan kepada Nazirah dan Rahim yang sudi mengundang uncle mengacarakan majlis kalian. 


11 November 2012


10.11.12 
Cinta Berpadu Kasih Bersatu 
 HAMZI & HILWIAH




05 November 2012


Majlis Resepsi Perkahwinan
NUR HASILAH BT HARIS
dengan
MOHD FAIZAL BIN DR HAJI MOHD FARID

3 November 2012
18 Zulhijah 1432H (Sabtu)

1.00 Tengah Hari

RESTORAN SERI MELAYU
JALAN CONLAY
KUALA LUMPUR

Telah beberapa kali bersama AGIM diundang menjayakan majlis resepsi perkahwinan

PERKAHWINAN bukan tapak untuk menguji ketaatan dan kesetiaan, tetapi realiti hidup yang perlu ditempuh dengan kesabaran, kejujuran, ketelusan serta ketaqwaan yang berpanjangan kerana ia perkongsian seumur hidup, bukan sehari dua.

Justeru, saat tangan berjabat, ijab bersaksi selesai, sahlah seorang teruna dan dara itu bergelar suami isteri. Detik itu bermulalah perjalanan hidup pasangan Nur Hasilah dan Mohd Faizal (gambar tidak dipaparkan kerana belum mendapat izin) untuk melayari bahtera rumah tangga.

Bunga raya bunga cempaka
Mekar pagi di dalam taman
Senyum ceria pengantin berdua
Bersuami isteri tercapai impian.

Tepat jam 1.15 tengah hari pasangan Raja Sehari, Asylla dan Faizal berangkat tiba 'mencemar duli' ke pelaminan yang tersergam indah diiringi irama gamelan persembahan Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM).

Tiada upacara merenjis, namun sebelum saya memimpin bacaan doa, Asylla dan Faizal dipersembah dengan persembahan silat oleh Dr Azi Wahuja Yeop dan Mr Boris daripada International Seni Silat Gayung Fatani Federation.

AGIM sekali lagi menghiburkan majlis dengan persembahan lagu instrumental lama dan baru yang mengujakan semasa upacara makan berada di meja santapan utama sebelum upacara memotong kek perkahwinan dilangsungkan.






21 Oktober 2012


Akad sudah dilafazkan
Cincin sudah di jari manis
Doa sudah dipanjatkan
Semoga keberkatan itu berpanjangan
Kebahagiaan itu berterusan dan
Disatukan kedua pasangan suami isteri, Azila dan Fadil dalam kebaikan.
Kad undangan Majlis Walimatul Urus Fatimah Azila dan Muhamad Fadil yang membawa maksud tersendiri
Semoga beroleh redha dan rahmat Allah

















01 Oktober 2012


Majlis Resepsi Perkahwinan
RAZIS AZLAN BIN HAJI ZAINAL 
dengan
SALINA BT HAJI ABDUL MANAF

30 September 2012
14 Zulkaedah 1433H (Ahad)

1.00 Tengah Hari

Dewan Tun Dr Siti Hasmah
Rumah Puspanita
Kuala Lumpur 


Majlis persandingan pasngan Raja Sehari, Razis dan Salina yang memaparkan keindahan budaya dan tema Tradisional Melayu.

 
PERKAHWINAN menjadi impian setiap insan. Hari bersejarah saat disatukan merupakan kenangan terindah yang pastinya akan dikenang hingga ke akhir hayat. Ikatan suci yang terpateri perlu dipelihara sebaik mungkin agar berkekalan hingga ke akhirnya.

23 September 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan
FADRUL BIN MOHAMAD
dengan
NOR ZUHAIRA BINTI HAJI ABDUL KADIR

22 September 2012
06 Zulkaedah 1433H (Sabtu)

12.00 Tengah Hari

DEWAN RAJA MUDA MUSA
KOMPLEKS BELIA & BUDAYA NEGERI SELANGOR
PERSIARAN KAYANGAN
SHAH ALAM
AURA... segaknya Fadrul dengan keris di pinggang berbusana songket sedondon dengan isteri tercinta, Zuhaira.

DEMI TUGAS... DJ Jusri (tengah) mengendalikan sesi karaoke sejurus berakhirnya tugasan saya mengacarakan majlis persandingan.

SAAT indah untuk dikenang adalah ketika cincin disarungkan di jari manis tanda ikatan sudah terpatri. Percintaan yang tulus ikhlas akhirnya sampai jua ke jinjang pelamin.


20 September 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan
NORSAIZA BINTI HAJI ABDULLAH
dengan
ZAIN AZRAIE BIN HAJI NORDEN

15 JULAI 2012
25 SYAABAN 1433H

BUKIT KIARA EQUESTRIAN COUNTRY RESORT
KUALA LUMPUR
CERIA... memenuhi permintaan mengenakan sut pada majlis resepsi Norsaiza dan Zain Azraie.
SYUKUR... selagi diizinkan-NYA berbicara, selagi itu teruja.
Sama-sama ceria, sama-sama teruja
Sememangnya benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah. Apabila tiba masanya, jodoh yang telah ditetapkan itu tidak akan ke mana.

19 September 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan
SYAIFUL NIZAM BIN JOHARI
dengan
SYAZANA BINTI SHAHARI

16 September 2012
29 Syawal 1433H (Ahad)

12.00 Tengah Hari

Dewan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya
 Selangor Darul Ehsan


18 September 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan
FAWWAZ MUIZZ BIN IDRIS
dengan
NURUL 'AIN BINTI SUHAIMI

15 September 2012
29 Syawal 1433H (Sabtu)

8.00 Malam

SKY GARDEN
KAMPUNG PENGANTIN KUALA LUMPUR



SANTAI... Flava Band diundang menghiburkan wedding dinner Fawwaz dan Ain dengan pelbagai irama yang mengasyikkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign