Majlis Lafaz Ijab dan Qabul
AZAMUDDIN BIN AHMAD JUNID
dengan
NURUL SHARIZAN BT MUSTAZA
13 Mei 2011
9 Jamadilakhir 1432H (Jumaat)
BORA ASMARA
Kampung Sungai Penchala
Jalan Damansara
Kuala Lumpur
Ijab dan qabul menjadi intinyadengan
NURUL SHARIZAN BT MUSTAZA
13 Mei 2011
9 Jamadilakhir 1432H (Jumaat)
BORA ASMARA
Kampung Sungai Penchala
Jalan Damansara
Kuala Lumpur
Supaya perkahwinan sah adanya
Bersuami isteri halal keduanya.
BORA ASMARA pilihan lokasi majlis pernikahan Azam dan Nurul yang dihadiri saudara dan rakan terdekat. Mereka memilih busana sedondon putih yang melambangkan kesucian hati.
Saat tangan berjabat, ijab bersaksi selesai, sahlah pasangan raja sehari ini bergelar suami isteri setelah dinikahkan Ustaz Ahmad Fairuz Awang, Ketua Imam Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Detik 4.21 petang, 13 Mei 2011 bermulalah perjalanan hidup melayari bahtera rumah tangga.
Akad nikah sudah terwujud
Sampailah niat terkabullah maksudSuami gagah isteri pun lembut
Menjadi pasangan memanglah patut.
Kita bersyukur kepada Allah
Rahmat-Nya banyak kasih berlimpah
Sehingga terlaksana akad nikah
Semoga keduanya beroleh berkah.
Tahniah, Azam dan Nurul!