Mr Emcee

19 Mac 2011

KIK 2010 @ JUARA III


EvolusiTerra Juara KIK
Kementerian Kewangan 2010


EvolusiTerra Menjuarai Kategori Pengurusan pada Konvensyen Kreatif Dan Inovatif (KIK) Kementerian Kewangan yang berlangsung pada 19 hingga 20 Oktober 2010 di Perbendaharaan, Putrajaya.

Pada konvensyen edisi pertama itu, EvolusiTerra yang mewakili Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mempertaruhkan projek bertajuk "Kelewatan Mendapatkan Data-Data Pengimportan Precursor Chemical Bagi Tujuan Pemantauan" dengan menghasilkan rekacipta e-Precursor System.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Champion dari Bahagian Pinjaman perumahan, Putrajaya dengan projek "Kos Penyediaan Penyata Tahunan Pinjaman Perumahan Meningkat".

Manakala Kumpulan Menara II dari Jabatan Akauntan Negara, Sarawak ketiga dengan projek "Pengurusan Maklumat Stok Manual Menyebabkan Pegawai Menggunakan Masa Yang Panjang Untuk Permohonan Dan Penyediaan Laporan Stok".

Majlis perasmian konvensyen dan penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Sri Haji Mohamed Khalid Haji Yusuf.

Sementara itu, Khairuddin Abdullah Hashim dipilih sebagai Jurucakap Terbaik konvensyen tersebut.

KIK 2010 @ JUARA II


EvolusiTerra dominasi KIK JKDM


Turut raih Anugerah Persembahan Terbaik, Fasilitator Terbaik dan Jurucakap Lelaki Terbaik

EvolusiTerra mendominasi Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Ke XI Jabatan Kastam Diraja Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober 2010 di Dewan Tun Tan Siew Sin, Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka.

Pada konvensyen tersebut EvolusiTerra muncul juara bagi kategori pengurusan dengan menafikan cabaran sembilan kumpulan lain mempertaruhkan projek bertajuk "Kelewatan Mendapatkan Data-Data Pengimportan Precursor Chemical Bagi Tujuan Pemantauan" dengan memperkenalkan e-Precursor System.

Tempat kedua milik Kumpulan UNIKS dari Selangor dengan projek "Kesukaran Mengesan Pengikraran Menilai Urusniaga Sebenar Dagangan Import Di Pelabuhan Klang", manakala wakil Melaka ketiga dengan projek "Mempermudah Dan Mempercepatkan Kelulusan Ke Atas Permohonan Kemudahan Kastam Untuk Syarikat Automatif Di Wisma Kastam Melaka".

EvolusiTerra turut meraih Anugerah Persembahan Terbaik, Fasilitator Terbaik melalui Giri @ Belayong Kader, manakala Khairuddin Abdullah Hashim dinobat sebagai Jurucakap Lelaki Terbaik.

18 Mac 2011

KIK 2010 @ JUARA I


EvolusiTerra Juara Anugerah
Inovatif dan Kreatif WP


Wakil WP Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan 2010

EVOLUSITERRA dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur muncul juara kategori pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Wilayah Persekutuan Bagi Sektor Awam 2010 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Ogos 2010 di Dewan Serbaguna KWPKB, Putrajaya.

Konvensyen anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu disertai 14 kumpulan bagi kategori pengurusan dan 8 dari kategori teknikal.

Kumpulan yang dulunya dikenali TerraBytes dianggotai 10 ahli mempertaruhkan projek "Kelewatan Mendapatkan Data-Data Pengimportan
Precursor Chemical Bagi Tujuan Pemantauan" dengan merekacipta sistem dalam talian yang dikenali e-Precursor System.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin berkata, KIK merupakan satu pra-syarat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dan cita-cita yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

"KIK menekankan aspek pembangunan sumber manusia dengan menitikberatkan perkara-perkara asas tentang kesedaran pengurusan, kebolehan dan prestasi, tenaga kerja yang berkualiti, galakan serta sokongan daripada pihak pengurusan," katanya dalam buku cenderamata konvensyen.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Dato' Haji Ahmad Phesal Talib, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

Dengan kejayaan itu EvolusiTerra akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-27 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2010 di Putrajaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign