Mr Emcee: Mac 2012

30 Mac 2012

Alahai...

Terima kasih, Wanie...

Alahai, tak sangka dalam menikmati manis dan indahnya musim bulan madu, bersama suami tercinta, Iqbal, Wanie sempat jugak mencatatkan sesuatu ketika saya mengacarakan majlis perkahwinannya pada 10 Mac 2012 di Sri Bestari Banquet Hall, INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Apa kata Wanie? Kita jengok blognya @ http://blinkerszone.blogspot.com

Izinkan uncle paparkan dua keping gambar yang diambil dari blog Wanie. Sekali lagi, terima kasih, Wanie.

Wanie dan Iqbal, senyum ceria di hari bahagia

Cenderahati untuk tetamu di majlis raikan cinta

12 Mac 2012

EMCEE


Majlis Resepsi Perkahwinan

AHMAD IZZANY BIN HAJI
ISMAIL
dengan
NIK IDA BINTI CHE NASS
IR

11 Mac 2012
18 Rabiulakhir 143
3 (Ahad)

8.00 malam


Allah mencipta Adam
Allah mencipta Hawa
Allah merencanakan pertemuan
Maka, Izzany dan Ida disatukan dalam sebuah ikatan s
uci bernama perkahwinan.
 Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah.

Seawal jam lapan malam ayahanda dan bonda pengantin lelaki, Ahmad Izzany begitu sibuk melayan kunjungan tetamu undangan di Wedding Terrace Sky Garden, Kampung Pengantin Kuala Lumpur @ kampungpengantin.blogspot.com

Seperti yang dijadualkan, 8.45 malam pasangan mempelai yang sama cantik sama tampan berarak masuk ke dalam dewan diiringi paluan kompang dan bacaan selawat hingga ke singgahsana pelamin.

Sejurus doa yang saya baca diaminkan, majlis diteruskan dengan upacara merenjis. Izzany dan Ida tampak teruja kerana upacara merenjis dijayakan bersama tetamu kehormat, antaranya; YB Dato' Seri Azmi Khalid dan YBhg Datin Seri Normala Shamsuddin.

Di akhir majlis selepas jamuan makan beradab, ucapan sekalung budi oleh ayahanda pengantin lelaki, Haji Ismail Abd Wahid dan upacara memotong kek perkahwinan yang dilatari 'Sedetik Lebih' lagu popular Anuar Zain, Izzany dan Ida menunggu kepulangan tetamu di pintu utama dewan mengucapkan terima kasih atas kesudian memenuhi undangan.

Ada kepuasan di wajah mereka. Maklumlah, hari bahagia, dirai bersama. Sama-sama ria, sama-sama teruja.

"Ke mana destinasi bulan madu?" tanya saya sejurus merakam gambar kenangan di pentas singgahsana pelamin.

"Belum pasti lagi, uncle," kata Izzany sambil tersenyum menjeling isteri tercinta, Ida.

Alahai, senyum ada makna tu!

Kesempatan ini, terima kasih kepada Syed Nahar Syed Hassan, pemilik Kampung Pengantin Kuala Lumpur yang telah mengesyorkan saya kepada pihak tuan rumah untuk mengacarakan majlis.

Terima kasih juga kepada Bob atas penyediaan sistem audio berkualiti yang pastinya menepati citarasa saya. Insya-Allah, kita akan bekerjasama lagi.

EMCEE




Indahnya cinta
diri kian teruja
membilang bilah waktu
tanpa jemu
hadirlah segera
detik bermakna.
Tuhan, restuilah cinta hamba
hingga ke hujung usia. 

II

Alhamdulillah, saya kembali lagi mengacarakan Majlis Resepsi Perkahwian di Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Seperti biasa saya sentiasa teruja mengacarakannya, apatah lagi kalau majlis berprotokol.  Seperti yang dijanjikan, saya hadir pada majlis raptai sehari sebelum majlis sebenar dilangsungkan.

Pertama kali bersua muka dengan pengantin dan keluarganya, kemesraan sudah mula terasa.  Setelah berbincang tentang aturcara  dengan tuan rumah majlis, YBhg Prof Dato Dr Haji Hassan, kami pun setuju raptai dimulakan. 

Apa pun, saya minta izin pengantin perempuan, Aqilah untuk gunakan skrip saya, meskipun Aqilah turut menyediakannya.

Benar terkaan saya.  Dari senarai tetamu yang diberikan, saya dikehendakki mengacarakan majlis ini secara berprotokol.  Ramai tetamu kehormat yang hadir, antaranya YB Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang Di Pertua Dewan Negara Malaysia.  Alahai, saya kian teruja!


EMCEE


Majlis Resepsi Perkahwinan
HAZWANIE BINTI HASHIM
dengan
MUHAMMAD IQBAL BIN MD NOR

10 Mac 2012
17 Rabiulakhir 1433H (Sabtu)

1.00 tengah hari

Sri Bestari Banquet Hall
Intekma Resort & Convention Centre
Shah Alam
Selangor Darul Ehsan



Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah.

"Berapa kali?"

"Sekali je, uncle," kata Iqbal dengan wajah berseri. Hazwanie di sisi senyum manja dengan wajah seri seorang isteri.

Alhamdulillah, cinta yang dititip akhirnya disatukan dalam sebuah ikatan ijab dan qabul yang telah disempurnakan pada hari Jumaat, 9 Mac 2012 bersamaan 16 Rabiulakhir 1433 Hijri di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


II

Jujurnya saya begitu santai mengacarakan majlis ini kerana mendapat kerjasama sepenuhnya pihak INTEKMA, Hazwanie dan Iqbal. Apatah lagi ayahanda, bonda dan keluarga Hazwanie yang begitu mesra meskipun pertama kali bersua muka pada majlis raptai sebelah pagi.
... maaf, coretan seterusnya menyusul...

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

AAINAA NAWWAR BINTI MOHD GHAUS
dengan
MOHD YUSRI BIN HAJI ABDUL AZIZ

4 Mac 2012
11 Rabiulakhir 1433H (Ahad)

1.00 tengah hari

Dewan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

HARDIAN HADIR
dengan
SHELLY ELENA SHA
HARUDDIN

3 Mac 2012
10 Rabiulakhir 1433H (Sabtu)

8.00 malam

Alam Warisan Ballroom
Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Presint 5
Putrajaya


09 Mac 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

AIMI HUMAIRA BINTI DATO' AHAMAD KURIS
dengan
ALPHY SYAHRIL IDZUAN BIN HAJI ABU BAKAR

3 Mac 2012
10 Rabiulakhir 1433H

1.00 Tengah hari

Anggerik Villa
Kajang
Selangor Darul Ehsan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign