Mr Emcee: November 2011

29 November 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan

Kesempatan mengacarakan Majlis Raikan Cinta Mohd Zahiril Adzim (Daim Juvana) dan Nur Syahirah (Pengacara Wanita Hari Ini TV3) membuatkan saya begitu teruja. Maklumlah, majlis selebriti katakan. Pada mulanya saya tak percaya juga. Betul ke ni?


Terima kasih kepada Ray dari D' Sanding Zurayz yang memperkenalkan saya kepada Jaja, kakak Zahiril. Terdahulu saya turut bekerjasama dengan Ray dalam menjayakan weeding dinner tak kurang hebatnya pada 14 Oktober 2011 di Shah Alam Convention Centre. Jujurnya, sentuhan Ray dalam penyediaan pelamin sedap mata memandang.


Kad Raikan Cinta Zahiril dan Shera bertema Classic Vintage 40's ilham Kad Lestari

Merakam gambar kenangan bersama Zahiril dan Shera di singgahsana pelamin sentuhan D' Sanding ZurayzPihak yang berganding bahu dalam menjayakan majlis Zahiril dan Shera berlangsung dengan jayanya

Ceria di pelaminan dengan busana pengantin Hatta Dolmat Couture

Saat-saat bahagia, dirai bersama. Alangkah terujanya di malam Raikan Cinta yang penuh makna.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa
Kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu
Dan hari ini kau menjadi jadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan kujaga kau seperti kujaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setia panas dan terik
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada Tuhan
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku
Selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik beradikku
Selamat menjadi keluargaku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku.

Suasana malam hening seketika. Zahiril mengambil kesempatan mendeklamasikan puisi ciptaannya buat isteri tercinta. Mata Shera berkaca. Kelihatan Shera yang anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat menyeka si air matanya.
Saya sempat berbual dengan Zahiri pada petang majlis raptai. Ringkasnya, mengimbau kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri, Zahiril dan Shera mula berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal pada awal 2010.

Setelah setahun mencanai dan menganyam indahnya cinta, setelah mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2011 sebelum diijabkabulkan pada tarikh keramat 20 November 2011 di rumah keluarga Shera di Ipoh, Perak.

Menurut Zahiril, Shera seorang yang manja, tapi tegas dan berdikari. Itulah antara ciri-ciri yang membuatkan hati Zahiril terpaut kepada isterinya.

Manakala, di mata Shera pula, Zahiril seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan yakin suaminya itu mampu membina keluarga yang direstui dan diberkati Illahi.

Sarang tempua di julai ciku
Di pinggir batu kerakap tumbuh
Dua jiwa menjadi satu
Alam yang baru sama ditempuh.

Tahniah diucapkan. Kepada ayahanda dan bonda Zahiril, Encik Mohd Mukhtar dan Puan Zailan terima kasih atas kesempatan dan kerjasama yang diberikan sebelum dan semasa saya mengacarakan majlis.

Tidak lupa terima kasih sekali lagi kepada Puan Zailan yang telah menghadiahkan buku Anai-Anai Dalam Perkahwinan sebagai tanda ingatan dan kenangan.


18 November 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan



Majlis Resepsi Perkahwinan
NUR HAZIAN BINTI HA
JI GHAZALI
dengan
ARIF FADZILLAH BIN ABU SAMAH

12.11.11
16 Zulhijah 1432H (Sabt
u)

8.00 malam

Dewan Tun Dr Ismail
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

HILMIAH BI
NTI HASSAN
dengan

NUR ALAM BIN HAJ
I IBRAHIM

11.11.11

15 Zulhijah
1432H (Jumaat)

8.00 malam
Grand Ballroo
m
De Palma Hotel
Shah Alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign