Mr Emcee: KIK 2010 @ JUARA I

18 Mac 2011

KIK 2010 @ JUARA I


EvolusiTerra Juara Anugerah
Inovatif dan Kreatif WP


Wakil WP Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan 2010

EVOLUSITERRA dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur muncul juara kategori pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Wilayah Persekutuan Bagi Sektor Awam 2010 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Ogos 2010 di Dewan Serbaguna KWPKB, Putrajaya.

Konvensyen anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu disertai 14 kumpulan bagi kategori pengurusan dan 8 dari kategori teknikal.

Kumpulan yang dulunya dikenali TerraBytes dianggotai 10 ahli mempertaruhkan projek "Kelewatan Mendapatkan Data-Data Pengimportan
Precursor Chemical Bagi Tujuan Pemantauan" dengan merekacipta sistem dalam talian yang dikenali e-Precursor System.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin berkata, KIK merupakan satu pra-syarat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dan cita-cita yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

"KIK menekankan aspek pembangunan sumber manusia dengan menitikberatkan perkara-perkara asas tentang kesedaran pengurusan, kebolehan dan prestasi, tenaga kerja yang berkualiti, galakan serta sokongan daripada pihak pengurusan," katanya dalam buku cenderamata konvensyen.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Dato' Haji Ahmad Phesal Talib, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

Dengan kejayaan itu EvolusiTerra akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-27 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2010 di Putrajaya.

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign