Mr Emcee: 2011

28 Disember 2011

Segalanya mungkin .....



ICQCC'11 Yokohama, Jepun
11 - 15 September 2011
Harian Metro, 14 Oktober 2011
Info Ceria JKDM


11 September 2011
Narita Airport





11 September 2011
Sensoji Temple Asakusa
To
kyo









27 Disember 2011

Segalanya mungkin .....


ICQCC 2010 Hyderabad, India


26 Disember 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan

Majlis Resepsi Perkahwinan
SHAHIRAH SKYMMAR BINTI
KAMAL ROSLI SKYMMAR

dengan
MIOR AIMAN AIMRAN BIN
HAJI MIOR ABDUL AZIZ


25 Disember 2011
29 Muharam 1433h (Ahad)

8.00 malam

The Grand Ballroom
Hotel De Palma
Shah Alam.




Majlis Resepsi Perkahwinan

Majlis Resepsi Perkahwinan
MOHAMAD ASHRAFI BIN ABD GANI
dengan
MASLINDA BINTI ABDUL LATIFF

24 Disember 2011
28 Muharam 1433H (Sabtu)

1.00 tengah hari

Dewan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

29 November 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan

Kesempatan mengacarakan Majlis Raikan Cinta Mohd Zahiril Adzim (Daim Juvana) dan Nur Syahirah (Pengacara Wanita Hari Ini TV3) membuatkan saya begitu teruja. Maklumlah, majlis selebriti katakan. Pada mulanya saya tak percaya juga. Betul ke ni?


Terima kasih kepada Ray dari D' Sanding Zurayz yang memperkenalkan saya kepada Jaja, kakak Zahiril. Terdahulu saya turut bekerjasama dengan Ray dalam menjayakan weeding dinner tak kurang hebatnya pada 14 Oktober 2011 di Shah Alam Convention Centre. Jujurnya, sentuhan Ray dalam penyediaan pelamin sedap mata memandang.


Kad Raikan Cinta Zahiril dan Shera bertema Classic Vintage 40's ilham Kad Lestari

Merakam gambar kenangan bersama Zahiril dan Shera di singgahsana pelamin sentuhan D' Sanding ZurayzPihak yang berganding bahu dalam menjayakan majlis Zahiril dan Shera berlangsung dengan jayanya

Ceria di pelaminan dengan busana pengantin Hatta Dolmat Couture

Saat-saat bahagia, dirai bersama. Alangkah terujanya di malam Raikan Cinta yang penuh makna.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa
Kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu
Dan hari ini kau menjadi jadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan kujaga kau seperti kujaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setia panas dan terik
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada Tuhan
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku
Selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik beradikku
Selamat menjadi keluargaku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku.

Suasana malam hening seketika. Zahiril mengambil kesempatan mendeklamasikan puisi ciptaannya buat isteri tercinta. Mata Shera berkaca. Kelihatan Shera yang anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat menyeka si air matanya.
Saya sempat berbual dengan Zahiri pada petang majlis raptai. Ringkasnya, mengimbau kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri, Zahiril dan Shera mula berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal pada awal 2010.

Setelah setahun mencanai dan menganyam indahnya cinta, setelah mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2011 sebelum diijabkabulkan pada tarikh keramat 20 November 2011 di rumah keluarga Shera di Ipoh, Perak.

Menurut Zahiril, Shera seorang yang manja, tapi tegas dan berdikari. Itulah antara ciri-ciri yang membuatkan hati Zahiril terpaut kepada isterinya.

Manakala, di mata Shera pula, Zahiril seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan yakin suaminya itu mampu membina keluarga yang direstui dan diberkati Illahi.

Sarang tempua di julai ciku
Di pinggir batu kerakap tumbuh
Dua jiwa menjadi satu
Alam yang baru sama ditempuh.

Tahniah diucapkan. Kepada ayahanda dan bonda Zahiril, Encik Mohd Mukhtar dan Puan Zailan terima kasih atas kesempatan dan kerjasama yang diberikan sebelum dan semasa saya mengacarakan majlis.

Tidak lupa terima kasih sekali lagi kepada Puan Zailan yang telah menghadiahkan buku Anai-Anai Dalam Perkahwinan sebagai tanda ingatan dan kenangan.


18 November 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan



Majlis Resepsi Perkahwinan
NUR HAZIAN BINTI HA
JI GHAZALI
dengan
ARIF FADZILLAH BIN ABU SAMAH

12.11.11
16 Zulhijah 1432H (Sabt
u)

8.00 malam

Dewan Tun Dr Ismail
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

HILMIAH BI
NTI HASSAN
dengan

NUR ALAM BIN HAJ
I IBRAHIM

11.11.11

15 Zulhijah
1432H (Jumaat)

8.00 malam
Grand Ballroo
m
De Palma Hotel
Shah Alam

30 Oktober 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

NURSYAFIQAH BINTI SHAMSUDDIN

dengan

MOHD HAIZAL BIN ZAINUDDIN


29 Oktober 2011
2 Zulhijjah 1432H (Sabtu)

12.00 tengah hari

Dewan Kompleks Ka
stam WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan



















24 Oktober 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan
LIANA RAZALI
dengan
AZFINAS FISYA AZLAN


23 Oktober 2011
25 Zulkaedah 14
32H (Ahad)

8.00 malam

Dewan Besar Tun R
ahah
Menara Yayasan Tun Razak

Kuala Lumpur



Majlis Resepsi Perkahwinan



Majlis Resepsi Perkahwinan

AHMAD ARIF FIQRRY BIN HAJI AHMAD FADHIL
dengan
SITI MUNIRAH BT CHE HASAN

22 Oktober 2011
24 Zulkaedah 1432H (Sabtu)

1.00 tengah hari

Dewan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya

17 Oktober 2011

Majlis Malam Mesra


Majlis Malam Me
sra
PERBEKAS & KOBEKAS

sempena sambutan
HARI RAYA AIDILFITRI / DEEPAVALI 2011

anjuran

PERSATUAN BEKAS KAS
TAM (PERBEKAS)
dan

KOPERASI BEKAS KASTAM MA
LAYSIA (KOBEKAS)
bersama

KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

15 Oktober
2011

8.00 mal
am

De
wan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya


Majlis Resepsi Perkahwinan

Majlis Resepsi Perkahwinan
NOR HEZREENA BT MD TAHIR
dengan
MOHD KHAIRUL BIN RODZOAN


14 Oktober 2011
16 Zulkaedah 1432H (Jumaat)

8.00 Malam
P
usat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Shah Alam

Selangor













08 Oktober 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

IKMAL HISHAM BIN DR HOSNI HUSSEN
dengan
KHAIRUL BADRIAH BIN MOHAMAD AKIL

8 Oktober 2011
10 Zulkaedah 1432H (Sabtu)

1.00 Tengah Hari

Dewan Kompleks Kastam WPKL
Kelana Jaya

04 Oktober 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan



Majlis Resepsi Perkahwinan
WAN AHMAD GHAZI BIN
HAJI WAN MOHAMED ROSLY

dengan
NASHEILA ALEENA BINTI
MEJAR (B) DATO' SALEHUDDIN


1 Oktober 2011
3 Zulkaedah 1432 (Sabtu)

1.00 Tengah Hari

Dewan Merak Kayangan
Bangunan Balai Felda
Kuala Lumpur



23 September 2011

ICQCC'11 - Yokohama


TerraBytes cemerlang

ICQCC 2011 - Yokohama


Cemerlang kali ke dua selepas ICQCC 2010, Hyderabad, India

TERRABYTES, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur meraih Anugerah Cemerlang dalam pertandingan International Convention On Quality Concept Circles (ICQCC) ke-35 yang berlangsung pada 11 - 14 September 2011 di Pacifico Yokohama, Jepun.

TERUJA ... Kumpulan TerraBytes teruja pada Majlis Persembahan Kebudayaan antara negara mengambil bahagian di Pacifico Yokohama, Jepun

Pada ICQCC 2010 yang berlangsung di Hyderabad, India, TerraBytes yang mewakili Malaysia meraih Anugerah Emas.

Konvensyen bertema 'Enhancing Organizational Vitality Through Further Development Of QC Circle Activities' anjuran bersama Union Of Japanese Scientists and Engineers (JUSE) dengan kerjasama QC Circle Headquarters of Japan dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

CERIA ... Dato' Saadon Mohd Dros, Pengarah Kastam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (dua dari kanan) dan Dato' Azis Yacub, Pengarah Kastam, Selangor (kiri) merakam gambar kenangan bersama Kumpulan TerraBytes sementara menunggu keputusan pertandingan.

Sebanyak 180 kumpulan di kalangan Negara Asia menyertai pertandingan termasuk Malaysia, Jepun, Thailand, Filipina, Singapura, China, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia, Korea dan Taiwan.

Amerika Syarikat dan Zambia turut mengambil bahagian.

TerraBytes mempertaruhkan projek Delay In Obtaining Precursor Chemical Importation Data For Monitoring Purpose.

Turut hadir pada konvensyen peringkat antarabangsa itu, Dato' Saadon Mohd Dros, Pengarah Kastam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Sementera itu ICQCC ke-36 bertema 'From Ideas To Reality' dijadualkan berlangsung pada 14 - 17 Oktober 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

26 Julai 2011

Konvensyen ICC 2011


TerraBytes raih Anugerah Emas
Konvensyen ICC Wilayah Sabah & Sarawak 2011

SERIUS ... Ahli Kumpulan TerraBytes (dari kiri) Shamsuddin Ahmad, Zuraidah Zulkifli, Anslem DJ, Mohd Ramlee Musa (Ketua Kumpulan), Haji Saleh Othman, Nurul Sharizan Mustaza dan Khairuddin Abdullah Hashim menumpukan perhatian dalam sesi soal jawab bersama panel hakim selepas persembahan.

CERIA ... Zuraidah Zulkifli (tiga dari kiri) bergambar kenangan sebelum mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Kumpulan TerraBytes bagi melanjutkan pengajian di Australia mulai Ogos 2011.

AURA OTAI ... masih diberi penghormatan selaku 'presenter' Kumpulan TerraBytes sejak 2002.

SANTAI ... menghirup udara petang bandaraya Kota Kinabalu Negeri Di Bawah Bayu.

KUMPULAN TERRABYTES
meraih Anugerah Emas pada Konvensyen ICC Wilayah Sabah dan Sarawak anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang berlangsung pada 20 - 21 Julai di Hotel Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.


Disertai 31 kumpulan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, kejayaan tersebut merupakan kali ketiga berturut-turut dilakar selepas Konvensyen ICC Wilayah Tengah 2009 di Hotel Sheraton, Subang Jaya, Selangor dan Wilayah Timur 2010 di Hotel Rennaisance, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis penutupan penyampaian anugerah, trofi dan sijil penyertaan disempurnakan Dato' Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Sementara itu, Zuraidah Zulkifli dan Kumpulan TerraBytes masing-masing mengucapkan 'selamat tinggal' dan 'selamat jalan' selepas persembahan di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasti TerraBytes merasai kehilangan dan merinduinya. Apapun, begitulah realiti sebuah kehidupan. Tak selamanya bersama. Tiba masanya berpisah jua. Moga ada ketika kembali bercanda. Demi masa depan, hijrahlah ke perantauan.

TerraBytes tidak bercadang mencari pengganti mengisi kekosongan yang ditinggalkan sepanjang tempoh dua tahun pengajian masternya di Australia bermula Ogos 2011.

Di hadapan jalan masih dan tetap berliku. Misi TerraBytes diteruskan penuh iltizam. Syukur alhamdulillah, dari setitik kejayaan, kami harungi sejuta rintangan. Syukur kepada Allah yang sentiasa memberi kekuatan.






17 Julai 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan

Majlis Resepsi Perkahwinan
MOHD HAFIZ BIN MOHD ROTHI
dengan
PUSPARAN
EE BINTI HAKIM

16 Julai 2011
14 Syaaban 1432H (Sabtu)

1.00 te
ngah hari

Sri Bestari Banquet Hall
INTEKMA Resort & C
onvention Centre
Shah
Alam
Batang sena di hujung kota
Susun rata dibuat titi
Bila mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati.




12 Julai 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

NORFADILLAH BINTI MAZLAN
dengan
AZMAN BIN DIN @ SHAHUDIN

10 Julai 2011
8 Syaaban 1432H (Ahad)

1.00 tengah hari

Dewan Kompleks Kast
am WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya
Selangor Daru
l Ehsan
1.45 tengah hari, paluan kompang bergema mengiringi perarakan pasangan mempelai ke dalam dewan. Berhenti seketika di pintu utama dewan sebelum meneruskan perarakan ke singgahsana pelamin yang tersergam indah dengan iringan selawat.

Selepas bacaan doa pimpinan Tuan Haji Saleh Othman, Imam Surau Al-Abidin, Kediaman Kastam Diraja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Kumpulan Persatuan Kebudayaan, Subang Jaya, Selangor mempersembahkan sebuah tarian Pengantin Bersanding.

Semasa acara makan beradab selepas berakhirnya merenjis pasangan mempelai, sambil-sambil berbual mesra, sambil-sambil menjamu selera, majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan tarian medley mengasyikkan.

Apa pun yang mengujakan pasangan mempelai pastinya mereka dihiburkan dengan kehadiran penyanyi yang tidak asing lagi, Nash yang mendendangkan lagu Pada Syurga Di Wajah Mu.

Tahniah diucapkan kepada Adyla dan Azman yang telah bergelar pasangan suami isteri. Moga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke hujung nyawa. Moga kasih terus mewangi sewangi mawar merah yang turut melatari majlis yang penuh makna.

Jujurnya saya berasa santai mengacarakan majlis kerana Arazz Entertainment yang menyediakan P.A. System begitu berkualiti.


11 Julai 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan
SHAFEZAL HAZREEN BIN ABDUL WAHID
dengan
SAROS AMILLA BINTI ABD BAKAR

9 Julai 2011
7 Syaaban 1432H (Sabtu)

8.00 malam

Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Wisma Seja
rah
Kuala Lump
ur.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign