Mr Emcee: Januari 2013

22 Januari 2013


Bicara lagi di Dewan Merak Kayangan


ALHAMDULILLAH, saya kembali mengacarakan majlis resepsi perkahwinan di Dewan Merak Kayangan. Kerjasama pihak dewan yang memuaskan, p.a. system yang berkualiti dan sajian Felda D'Saji yang menyelerakan membuatkan saya teruja setiap kali mendapat undangan di sini. Apatah lagi, sekiranya saya dan pihak pengantin saling bekerjasama dan memahami merupakan satu bonus.

Tepat 1.30 tengah hari, pasangan Raja Sehari, Mohd Azmeer dan Haslinda beriringan melangkah sopan menuju ke singgahsana pelamin tersergam indah diiringi paluan kompang dan selawat.

Sejurus bersemayam saya mulakan majlis dengan memimpin bacaan doa. Suasana hening seketika apabila para hadirin mengaminkannya. Azmeer dan Linda tampak segak dan bergaya apatah lagi dengan mengenakan busana sedondon dan mekap sentuhan Butik Shawn Sinar Sutera. Saya berkesempatan bertukar-tukar kad nama dengan dengan Shawn, pemilik butik.

Saat raikan cinta, sama-sama ceria dan pastinya sama-sama teruja di hari penuh makna. Selepas pasangan mempelai direnjis dipilis oleh ayahanda dan bonda serta keluarga terdekat tibalah pula giliran untuk menjayakan upacara santap beradab.

Hidangan istimewa yang dsajikan oleh Felda D'Saji begitu menyelerakan. Tapi, Raja Seharilah katakan, selera bagai tidak mengizinkan untuk menikmatinya.  Malu-malu lagi pastinya,  apatah  baru  sahaja diijab qabulkan pada Jumaat, 18 Januari 2013 bersamaan 6 Rabiulawal 1434 Hijri di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sarang tempua di julai ciku
Di pinggir batu kerakap tumbuh
Dua jiwa menjadi satu
Alam yang baru sama ditempuh. 

Sebelum majlis diakhiri dengan sesi fotografi, sekali lagi  Azmeer dan Linda dipersilakan ke singgahsana pelamin untuk menjayakan upacara memotong kek. Suasana tambah ceria apabila mereka bersuap-suapan cebisan potongan kek kepada pasangan masing-masing. 

Lensa dan flash kamera bagai kilat menghidupkan suasana merakamkan detik manis bagai selebriti lagaknya!

Saya turut mengabadikan gambar kenangan bersama Azmeer dan Linda di akhir majlis, namun tidak dapat dipaparkan kerana kualiti gambar yang mengecewakan. Maklumlah, kamera dah otai!

Terima kasih kepada Azmeer dan Linda serta keluarga yang mengundang uncle mengacarakan majlis kalian. Didoakan semoga bahagia hingga ke penghujung usia.

Insya-Allah,  saya  akan  kembali  lagi ke Dewan Merak Kayangan pada 10 Februari 2013, 16 September 2013 dan 24 November 2013. 











21 Januari 2013


Selagi diizinkan-Nya berbicara, teruja sentiasa...


S

17 Januari 2013


Cinta dipateri rapi, seikhlas hati...


14 Januari 2013


Bahagianya, di saat impi menjadi realiti...


02 Januari 2013

  Sepanjang jalan kenangan 2012...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign