Mr Emcee: EMCEE

12 Mac 2012

EMCEE


Majlis Resepsi Perkahwinan

AHMAD IZZANY BIN HAJI
ISMAIL
dengan
NIK IDA BINTI CHE NASS
IR

11 Mac 2012
18 Rabiulakhir 143
3 (Ahad)

8.00 malam


Allah mencipta Adam
Allah mencipta Hawa
Allah merencanakan pertemuan
Maka, Izzany dan Ida disatukan dalam sebuah ikatan s
uci bernama perkahwinan.
 Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah.

Seawal jam lapan malam ayahanda dan bonda pengantin lelaki, Ahmad Izzany begitu sibuk melayan kunjungan tetamu undangan di Wedding Terrace Sky Garden, Kampung Pengantin Kuala Lumpur @ kampungpengantin.blogspot.com

Seperti yang dijadualkan, 8.45 malam pasangan mempelai yang sama cantik sama tampan berarak masuk ke dalam dewan diiringi paluan kompang dan bacaan selawat hingga ke singgahsana pelamin.

Sejurus doa yang saya baca diaminkan, majlis diteruskan dengan upacara merenjis. Izzany dan Ida tampak teruja kerana upacara merenjis dijayakan bersama tetamu kehormat, antaranya; YB Dato' Seri Azmi Khalid dan YBhg Datin Seri Normala Shamsuddin.

Di akhir majlis selepas jamuan makan beradab, ucapan sekalung budi oleh ayahanda pengantin lelaki, Haji Ismail Abd Wahid dan upacara memotong kek perkahwinan yang dilatari 'Sedetik Lebih' lagu popular Anuar Zain, Izzany dan Ida menunggu kepulangan tetamu di pintu utama dewan mengucapkan terima kasih atas kesudian memenuhi undangan.

Ada kepuasan di wajah mereka. Maklumlah, hari bahagia, dirai bersama. Sama-sama ria, sama-sama teruja.

"Ke mana destinasi bulan madu?" tanya saya sejurus merakam gambar kenangan di pentas singgahsana pelamin.

"Belum pasti lagi, uncle," kata Izzany sambil tersenyum menjeling isteri tercinta, Ida.

Alahai, senyum ada makna tu!

Kesempatan ini, terima kasih kepada Syed Nahar Syed Hassan, pemilik Kampung Pengantin Kuala Lumpur yang telah mengesyorkan saya kepada pihak tuan rumah untuk mengacarakan majlis.

Terima kasih juga kepada Bob atas penyediaan sistem audio berkualiti yang pastinya menepati citarasa saya. Insya-Allah, kita akan bekerjasama lagi.

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign