Mr Emcee: Majlis Resepsi Perkahwinan

12 Julai 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi Perkahwinan

NORFADILLAH BINTI MAZLAN
dengan
AZMAN BIN DIN @ SHAHUDIN

10 Julai 2011
8 Syaaban 1432H (Ahad)

1.00 tengah hari

Dewan Kompleks Kast
am WPKL
Kelana Jaya
Petaling Jaya
Selangor Daru
l Ehsan
1.45 tengah hari, paluan kompang bergema mengiringi perarakan pasangan mempelai ke dalam dewan. Berhenti seketika di pintu utama dewan sebelum meneruskan perarakan ke singgahsana pelamin yang tersergam indah dengan iringan selawat.

Selepas bacaan doa pimpinan Tuan Haji Saleh Othman, Imam Surau Al-Abidin, Kediaman Kastam Diraja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Kumpulan Persatuan Kebudayaan, Subang Jaya, Selangor mempersembahkan sebuah tarian Pengantin Bersanding.

Semasa acara makan beradab selepas berakhirnya merenjis pasangan mempelai, sambil-sambil berbual mesra, sambil-sambil menjamu selera, majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan tarian medley mengasyikkan.

Apa pun yang mengujakan pasangan mempelai pastinya mereka dihiburkan dengan kehadiran penyanyi yang tidak asing lagi, Nash yang mendendangkan lagu Pada Syurga Di Wajah Mu.

Tahniah diucapkan kepada Adyla dan Azman yang telah bergelar pasangan suami isteri. Moga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke hujung nyawa. Moga kasih terus mewangi sewangi mawar merah yang turut melatari majlis yang penuh makna.

Jujurnya saya berasa santai mengacarakan majlis kerana Arazz Entertainment yang menyediakan P.A. System begitu berkualiti.


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign