Mr Emcee: Konvensyen ICC 2011

26 Julai 2011

Konvensyen ICC 2011


TerraBytes raih Anugerah Emas
Konvensyen ICC Wilayah Sabah & Sarawak 2011

SERIUS ... Ahli Kumpulan TerraBytes (dari kiri) Shamsuddin Ahmad, Zuraidah Zulkifli, Anslem DJ, Mohd Ramlee Musa (Ketua Kumpulan), Haji Saleh Othman, Nurul Sharizan Mustaza dan Khairuddin Abdullah Hashim menumpukan perhatian dalam sesi soal jawab bersama panel hakim selepas persembahan.

CERIA ... Zuraidah Zulkifli (tiga dari kiri) bergambar kenangan sebelum mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Kumpulan TerraBytes bagi melanjutkan pengajian di Australia mulai Ogos 2011.

AURA OTAI ... masih diberi penghormatan selaku 'presenter' Kumpulan TerraBytes sejak 2002.

SANTAI ... menghirup udara petang bandaraya Kota Kinabalu Negeri Di Bawah Bayu.

KUMPULAN TERRABYTES
meraih Anugerah Emas pada Konvensyen ICC Wilayah Sabah dan Sarawak anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang berlangsung pada 20 - 21 Julai di Hotel Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.


Disertai 31 kumpulan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, kejayaan tersebut merupakan kali ketiga berturut-turut dilakar selepas Konvensyen ICC Wilayah Tengah 2009 di Hotel Sheraton, Subang Jaya, Selangor dan Wilayah Timur 2010 di Hotel Rennaisance, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis penutupan penyampaian anugerah, trofi dan sijil penyertaan disempurnakan Dato' Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Sementara itu, Zuraidah Zulkifli dan Kumpulan TerraBytes masing-masing mengucapkan 'selamat tinggal' dan 'selamat jalan' selepas persembahan di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasti TerraBytes merasai kehilangan dan merinduinya. Apapun, begitulah realiti sebuah kehidupan. Tak selamanya bersama. Tiba masanya berpisah jua. Moga ada ketika kembali bercanda. Demi masa depan, hijrahlah ke perantauan.

TerraBytes tidak bercadang mencari pengganti mengisi kekosongan yang ditinggalkan sepanjang tempoh dua tahun pengajian masternya di Australia bermula Ogos 2011.

Di hadapan jalan masih dan tetap berliku. Misi TerraBytes diteruskan penuh iltizam. Syukur alhamdulillah, dari setitik kejayaan, kami harungi sejuta rintangan. Syukur kepada Allah yang sentiasa memberi kekuatan.






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign