Mr Emcee

05 Februari 2014

Raikan Cinta
NOOR BAIZURA & HARIZ IDNAL

4 Januari 2014
2 Rabiulawal 1435H (Sabtu)

DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur

"Maaf, kita jumpa dalam 5.30 petang ye... Uncle baru je habis mengacarakan majlis kahwin ni..."

"Ok, tak pe...  Uncle sampai Publika, masuk parking, pas tu naik eskalator.  Pas tu call saya.  Saya gi kat uncle."

"Ok, terima kasih."

Saya dan Baizura berbalas sms pada petang 14 Disember 2013, tiga minggu sebelum majlis berlangsung.  Jujurnya lokasi temu janji di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur begitu asing bagi saya.  Tempat elitlah katakan!

Apa pun sebagai tunjuk arah saya difahamkan Publika ni tak jauh dari Matrade (MECC) dan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Tu je...

Ya, betul.  Sejurus kemudian saya pun sampai destinasi yang dituju.  Huh, pandangan pertama saya banyak betul nama premis makanan yang tak pernah saya pandang dan dengar.

"Restoran mamak ada ke, Ira," tanya saya pada salah seorang anak kembar yang setia menemani. Turut sama, 'hero' saya, Ayie yang sedari tadi asyik dengan fbnya.

"Ayah ni tak habis-habis ngan mamak," usik kembar Ira, Ila sambil senyum-senyum.

***

Handphone saya berdering.  Saya pasti Baizura yang buat panggilan. Terkaan saya benar.  Akhirnya kami bersua muka buat kali pertama untuk bincang aturcara majlis resepsi perkahwinannya.

"Jom kita minum dulu, uncle," pelawa Baizura dan tunangnya, Hariz sambil senyum penuh seri.  Maklumlah, seri bakal pengantin abru katakan.

Saya dan Ayie ekori mereka.  Minum kat mana pulak ni, getus hati kecil saya.  Tapi yang pastinya bukan Restoran Mamak!
Merakam foto kenangan bersama Baizura dan Hariz di hadapan singgahsana pelamin sentuhan MNZ CREATIVE     


II

4 Januari 2014
2 Rabiulawal 1435H

Kumpulan Kompang As-Syakirin, Sungai Pencala, Kuala Lumpur, Flave dan saya selaku pengacara majlis yang berkolaborasi bersama MNZ CREATIVE @ www.mnz-creative.com siap siaga untuk memulakan majlis.

Tepat 1.30 tengah hari sejurus azan fardu zohor, di luar dewan kedengaran paluan kompang memecah damainya suasana.  Pasangan raja dan ratu sehari, Baizura dan Hariz diarak hingga ke pintu gerbang dalam dewan.

Selepas selawat taslim berakhir, Baizura dan Hariz berangkat untuk bersemayam di singgahsana pelamin dengan diiringi instrumental Forever In Love tiupan saxophone Flave.

Saya mulakan majlis dengan bacaan doa diikuti acara merenjis.  Boleh tahan jugak ramainya perenjis seperti senarai yang diberikan kepada saya.  Tak pelah.  Kita ikut je kehendak tuan rumah majlis.  Saya tidak akan mempersoalkannya.  Jangan banyak songeh dan lawan taukeh!

Berakhirnya acara merenjis dengan musik latar instrumental malar segar, Renjis-Renjis Dipilis, diteruskan majlis dengan santapan beradab pasangan mempelai dan tetamu kehormat di meja santapan utama.

Flave mengambil giliran dengan persembahan lagu-lagu yang mengembalikan nostalgia masa lalu.  Meskipun dengan instrumen saxophone dan gitar tapi tampak mengujakan.

Sekitar jam 2.00 petang, Baizura dan Hariz sekali lagi berangkat ke singgahsana pelamin.  Dengan diiringi Kaulah Segalanya, lagu yang dipopularkan Ruth Sahanaya, lagu pilihan Baizura, upacara memotong kek sempurna sudah.

Di dalam hati kembang berbunga
Sudah berteman serumahtangga
Bahtera dilayar bersama-sama
Menuju pantai pulau bahagia.


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign