Mr Emcee

05 November 2012


Majlis Resepsi Perkahwinan
NUR HASILAH BT HARIS
dengan
MOHD FAIZAL BIN DR HAJI MOHD FARID

3 November 2012
18 Zulhijah 1432H (Sabtu)

1.00 Tengah Hari

RESTORAN SERI MELAYU
JALAN CONLAY
KUALA LUMPUR

Telah beberapa kali bersama AGIM diundang menjayakan majlis resepsi perkahwinan

PERKAHWINAN bukan tapak untuk menguji ketaatan dan kesetiaan, tetapi realiti hidup yang perlu ditempuh dengan kesabaran, kejujuran, ketelusan serta ketaqwaan yang berpanjangan kerana ia perkongsian seumur hidup, bukan sehari dua.

Justeru, saat tangan berjabat, ijab bersaksi selesai, sahlah seorang teruna dan dara itu bergelar suami isteri. Detik itu bermulalah perjalanan hidup pasangan Nur Hasilah dan Mohd Faizal (gambar tidak dipaparkan kerana belum mendapat izin) untuk melayari bahtera rumah tangga.

Bunga raya bunga cempaka
Mekar pagi di dalam taman
Senyum ceria pengantin berdua
Bersuami isteri tercapai impian.

Tepat jam 1.15 tengah hari pasangan Raja Sehari, Asylla dan Faizal berangkat tiba 'mencemar duli' ke pelaminan yang tersergam indah diiringi irama gamelan persembahan Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM).

Tiada upacara merenjis, namun sebelum saya memimpin bacaan doa, Asylla dan Faizal dipersembah dengan persembahan silat oleh Dr Azi Wahuja Yeop dan Mr Boris daripada International Seni Silat Gayung Fatani Federation.

AGIM sekali lagi menghiburkan majlis dengan persembahan lagu instrumental lama dan baru yang mengujakan semasa upacara makan berada di meja santapan utama sebelum upacara memotong kek perkahwinan dilangsungkan.






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign