Mr Emcee

05 Julai 2012

Teruja sentiasa... 

NIKMAT sebenarnya mengacarakan majlis. Tak kiralah majlis apa sekali pun. ASama ada majlis rasmi atau perkahwinan  akan ditangani sejujur mungkin. Wow, senangnya dalam hatiku,  andai majlis yang dipertanggungjawabkan itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pujian?  Ya, siapalah sebenarnya diri yang kerdil ini untuk dipuji. Pujian hanya bagi Allah SWT.  Tapi, pujian adalah azimat keramat untuk melangsungkan kehidupan yang penuh seribu satu kemungkinan.

Saya sering berkata, saya tidak menjanjikan kesempurnaan. Namun berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sesempurna mungkin.  Kritiklah saya andai tidak berpuas hati. Tapi biarlah kritik yang membina. Saya sedar sebagai insan biasa, mana mungkin saya boleh menepati citarasa setiap insan dan pelanggan.

Terima kasih kepada 'anakanda-anakanda' yang memberi kesempatan kepada uncle mengacarakan majlis resepsi perkahwinan kalian. 

Terima kasih kepada  wedding planner antaranya, Wanie @ kerjakahwin.blogspot.com, Tuan Syed Nahar @ kampungpengantin.blogspot.com, Hisyam dan Cida @ djariartz-wedding.blogspot.com yang sudi bekerjasama dengan saya.
Ingat Kompang Ingat Jalal Kompang
Jujurnya, dengan mengacarakan majlis  saya berpeluang berkenalan  dengan individu yang sering menjayakan majlis resepsi perkahwinan termasuk Cikgu Jalal @ www.jalalkompang.com  dan Along @ A.G.I.M. (Adunan Gamelan Irama Melayu).

Alhamdulillah, selepas Aidilfitri saya bersiap siaga  mengacarakan beberapa majlis resepsi hingga Disember 2012. Antaranya;

-  Kampung Pengantin Kuala Lumpur
-  Dewan Gemilang FELDA, Kelana Jaya
-  Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur
-  Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
-  Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
-  Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur
-  Dewan Kompleks Kastam WPKL, Kelana   Jaya
-  Hotel De Palma, Shah Alam
-  Dewan Seri Endon, Putrajaya
-  Pusat Konvensyen Shah Alam
-  Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Along @ Adunan Gamelan Irama Melayu (A.G.I.M.)
Sesungguhnya, andai diizinkan-Nya bersuara dan berbicara, saya sentiasa teruja.  Insya-Allah, usia bukan halangan dan rintangan.

"Ya Allah, sesuatu itu tidak mudah kecuali Engkau memudahkannya.  Dan Engkaulah mempermudahkan sesuatu perkara yang sukar, dengan izin Engkau."

Semoga Allah terus memberi kekuatan!
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign