Mr Emcee

03 Mei 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan


Majlis Resepsi

NURUL AIN BINTI ABDUL KARIM
dengan
MOHD FADZLEE BIN HAJI ALI
1 Mei 2011
27 Jamadilawal 1432H
Kompleks Sukan Sri Delima
Jalan Jambu Satu
Jalan Kepong
Kuala Lumpur
Fadzlee dan Ain berbusana putih sedondon di atas singgahsana pelamin sentuhan d'Jari Artz.
Merakam gambar kenangan bersama Kumpulan Gendang Gemala Kasturi yang turut menjayakan majlis resepsi perkahwinan.
Cida d'Jari Artz menyatakan sesuatu kepada Mr Emcee dan DJ sebelum majlis berlangsung. >>Foto Blog KGGK.

CERIA dan ria. Seawal 1.30 tengah hari pasangan mempelai, Nurul Ain dan Mohd Fadzlee masuk ke dalam dewan menuju ke singgahsana pelamin diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Kumpulan Gendang Gemala Kasturi (KGGK).
Saya pasti hadirin teruja dengan persembahan alat muzik tradisional yang begitu mengasyikkan. Pelbagai irama lagu malar segar diperdengarkan KGKK - asli, zapin, malah irama Hindustan petikan dari filem Sangam. Irama tersebut pastinya menggamit kembali memori 'orang lama'. Apapun, saya tertarik dengan instrumental 'Gurindam Jiwa'.
Jujurnya, saya seronok mengacarakan majlis kerana P.A. System @ Kemang Utara Enterprise (KUEN) begitu berkualiti. Hampir dua jam mengendalikan majlis masih tak puas!
Terima kasih Cida dan Syam selaku wedding planner yang sudi gunakan khidmat uncle sebagai Emcee dalam pakej d'Jari Artz buat kali ketiga. Moga tak serik bekerjasama dengan Emcee Otai ni!

Kepada Ain dan Fadzlee uncle ucapkan Selamat Pengantin Baru. Ke mana destinasi bulan madu?


*****

>>Petikan dari Blog KGGK @ Bagai Delima Merekah, 2 Mei 2011 - Emcee (Uncle Khairi) dan DJ yang super cool.

"Majlis diteruskan dengan bacaan doa, kata-kata aluan MC dan iringan lagu dari DJ yang super cool. Majlis bertambah meriah apabila MC yang gerek membacakan teksnya disulami dengan pantun-pantun malar segar yang mengujakan. Saya senyum beberapa kali mendengar pantun yang mencuit hati."





13 April 2011

Teruja


... selagi diizinkan-Nya berbicara, teruja sentiasa ...

19 Mac 2011

KIK 2010 @ JUARA IV


EVOLUSITERRA menang Anugerah KSN
Konvensyen KIK Kebangsaan 2010

Dato' Sri Haji Mohamed Khalid Haji Yusuf (tujuh dari kanan) dan Dato' Saadon Mohd Dros bersama Kumpulan EvolusiTerra selepas majlis penutup Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-27 Tahun 2010 di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.

Kumpulan EvolusiTerra meraikan kejayaan merangkul Anugerah KSN Konvensyen KIK Kebangsaan 2010

EVOLUSITERRA, Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) muncul pemenang Anugerah Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat kebangsaan Ke-27 Tahun 2010 bagi kategori pengurusan yang berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2010 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Konvensyen bertema Kreativiti Dan Inovasi Pemacu Transformasi Perkhidmatan Awam anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

EvolusiTerra mewakili Wilayah Persekutuan menghasilkan projek "Kelewatan Mendapatkan Data-Data Pengimportan Precursor Chemical Bagi Tujuan Pemantauan".

Hasil inovasi projek tersebut menyaksikan e-Precursor System secara dalam talian telah dibangunkan dan telah mendapat pengiktirafan diperingkat jabatan dan beberapa agensi lain.

Dengan kemenangan itu EvolusiTerra membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, Piala Pusingan KSN, piala iringan dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Kumpulan Perkasa, Jabatan Penjara Sungai Buloh yang mewakili Selangor meraih Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan projek "Penggunaan WARTEL Banduan Tidak Mencapai Sasaran", manakala wakil Johor, Kumpulan Prima dengan projek "Kutipan Hasil Pendaftaran Pindah Milik Rendah" meraih Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan MAMPU.

Sebanyak 28 kumpulan seluruh Malaysia, iaitu 14 kumpulan bagi setiap kategori pengurusan dan teknikal menyertai konvensyen yang diadili panel penilai Asiah Omar, Unit Pemodenan Dan Pengurusan Pentadbiran Malaysia (MAMPU), Masri Misran, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Haji Aziz Mohamad, INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) dan Hussein Ariff, Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI).

Sementara itu, pada majlis penutupan konvensyen dan penyampaian hadiah di Dewan Seri Siantan, Putrajaya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta pejawat awam supaya membudayakan kreativiti dan inovasi dalam cara mereka berfikir serta bertindak bagi mempercepatkan perubahan dan transformasi sosioekonomi negara.

Beliau berkata, pembangunan minda yang kreatif serta minat yang tinggi terhadap inovasi perlu disemarakkan bagi menerokai kaedah terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan, disamping mengoptimumkan prinsip "berbaloi dengan wang".

"Dalam era globlalisasi yang begitu kompetitif, perhatian dan tumpuan perlu diberikan kepada kreativiti dan inovasi, bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Mohamad Zabidi Zainal yang mewakili Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir Dato' Haji Ahmad Phesal Talib, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Seri Haji Mohamad Khalid Haji Yusuf, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan Dato' Saadon Mohd Dros, Pengarah Kastam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Info EvolusiTerra @ TerraBytes

Penasihat I
Haji Aziz Abdul

Penasihat II
Haji Mohd Khir Haji Jaafar

Fasilitator
Giri @ Belayong Kadir

Ketua Kumpulan
Mohd Ramlee Musa

Ahli
Zuraidah Zulkifli
Shamsuddin Ahmad
Saleh Othman
Anslem Dominic Jiron
Shaffahana Shaffini
Normazlina Nordin
Nurul Sharizan Mustaza
Nurul Azihana Tukiron
Khairuddin Abdullah Hashim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign