Mr Emcee: Februari 2013

19 Februari 2013


Raikan Cinta... The Club @ Bukit Utama

16 Februari 2013

Jam 9.00 malam saya sampai di The Club @ Bukit Utama untuk majlis raptai resepsi perkahwinan Ayu dan Boy seperti yang dipinta Kak Indah @ Wedding Planner. Kelihatan beberapa orang crew begitu sibuk memasang dan menghias pelamin di pentas persandingan.

"Agaknya kul berapa siap ni?" tanya saya kepada salah seorang pekerja.

"Mungkin selepas tengah malam." jawabnya ringkas.

"Tentu tersergam indah ya, bila dah siap sepenuhnya dipasang nanti." ujar saya lagi. Dia hanya tersenyum seribu makna.

Selang beberapa minit Kak Indah pun sampai ditemani suami tercinta, Abe Wan kebetulan bekas rakan sekerja saya suatu ketika dulu.  

Abe Wan, bekas rakan sekerja yang masih handsome.
Razak yang menyediakan khidmat p.a. system tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan pengantin, Ayu.

"Otw", katanya menjawab pertanyaan sms yang saya kirim.

Saya perlu jumpa Ayu untuk membincangkan aturcara majlis. Tak bincang lagi pun buah butirnya. Kalau aturcara majlis yang biasa, tak jadi masalah. Tapi kalau berbeza dengan kebiasaanya, itulah yang perlu dibincangkan agar majlis sebenar berjalan dalam keadaan seperti yang dirancangkan. 

Raptai ringkas je...
Alhamdulillah, perbincangan aturcara majlis selesai sudah. Ayu dan suaminya, Boy biarpun pertama kali bersua muka ternyata pasangan mempelai yang begitu mesra. Cuma saya berharap agar senarai perenjis diberi kepada saya sebelum majlis berlangsung keesokannya. Almaklumlah, saya difahamkan ramai perenjis di kalangan VVIP!

Sebelum beredar sekitar jam 10.30 malam saya sempat menguji mike dan volume yang akan digunakan. Bagi saya p.a. system Razak memang berkualiti dan sentiasa teruja setiap kali bekerjasama dengannya.

Saya hargai dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan!

17 Februari 2013

Seperti yang dijadualkan tepat 1.45 tengah hari saya mengumumkan keberangkatan tiba pasangan Raja Sehari, Ayu dan Boy diiringi dengan paluan kompang Kumpulan Seri Perindu sebelum berhenti seketika di pintu dewan.

Ayu dan Boy kembali beriringan menuju singgahsana pelamin dengan iringan paluan kompang selepas SI Ismail Shafie berselawat taslim dengan gaya tersendiri.

Selepas bacaan doa dan tarian selamat datang oleh Kumpulan Rentak Tari, UiTM, Shah Alam, acara merenjis diteruskan di kalangan tetamu kehormat dan kedua-dua ayahanda dan bonda pasangan mempelai yang begitu teruja dengan pakaian sedondon warna krim. Sejurus santap beradab yang turut diwarnai dengan persembahan tarian, Ayu dan Boy ke bilik persalinan seketika untuk menukar persalinan bagi upacara memotong kek perkahwinan.

Lagu popular Anuar Zain, Sedetik Lebih pilihan pasangan pengantin dipersembahkan oleh Razak bagi mengiringi acara tersebut. 

Majlis yang penuh makna ini diakhiri dengan sesi bergambar di kalangan keluarga dan rakan-rakan Ayu dan Boy setelah bertemu sua dan bersalam-salaman dengan para jemputan bagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian memenuhi undangan.

Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kekuatan mengacarakan majlis ini dengan jayanya!





18 Februari 2013


Kemanisan Cinta Di Singgahsana...

05 Februari 2013


Layari bahtera itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign