Mr Emcee: Julai 2012

30 Julai 2012

Teruja sentiasa...
Merakam gambar kenangan bersama pelakon Drama Khas Ramadan siaran Radio Selangor.fm
Pelakon turut merakam gambar di dalam bilik rakaman bersama penerbit, Ishak Harun

KESEMPATAN yang diberikan Encik Ishak Harun, Penerbit Drama Khas Ramadan terbitan Radio Selangor.fm bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. 

Betapa terujanya saya...
Kad Namaku

Terima kasih kepada Yan Khalid yang telah design kad nama saya ni.  Terima kasih juga Yan telah muatkan kad saya ni di dalam blognya - http://yankhalid.com/artworks/namecard-mr-emcee.html

Moga ada manfaatnya...

18 Julai 2012


Kamil dan Nadzirah sama-sama teruja di hari bahagia
DJ Zazo menyanyikan lagi Kisah Seorang Biduan
Bersama DJ Zazo
Pelamin ilham Razz Deco pilihan Kamil dan Nadzirah
Pantang jumpa rostrum.....




17 Julai 2012


Majlis Resepsi Perkahwinan
ANIS ZUANA BINTI AB SALAM
dengan
MUHAMAD RAQIB BIN SHAARI

14 Julai 2012
24 Syaaban 1433H (Sabtu)

Kompleks Tabung Haji
Kelana Jaya
Saat ceria Anis dan Raqib dirai bersama di hari penuh makna

Pertama kali mengacarakan majlis perkahwinan di Taha D'Kelana

09 Julai 2012

Wedding Passport Ayse Nur dan Firdaus
Merakam gambar kenangan bersama Firdaus dan Ayse Nur selepas upacara memotong kek perkahwinan
Pasangan raja sehari,  Firdaus  dan Ayse Nur teruja bersemayam di pelamin sentuhan Kampung Pengantin Kuala Lumpur

05 Julai 2012

Teruja sentiasa... 

NIKMAT sebenarnya mengacarakan majlis. Tak kiralah majlis apa sekali pun. ASama ada majlis rasmi atau perkahwinan  akan ditangani sejujur mungkin. Wow, senangnya dalam hatiku,  andai majlis yang dipertanggungjawabkan itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pujian?  Ya, siapalah sebenarnya diri yang kerdil ini untuk dipuji. Pujian hanya bagi Allah SWT.  Tapi, pujian adalah azimat keramat untuk melangsungkan kehidupan yang penuh seribu satu kemungkinan.

Saya sering berkata, saya tidak menjanjikan kesempurnaan. Namun berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sesempurna mungkin.  Kritiklah saya andai tidak berpuas hati. Tapi biarlah kritik yang membina. Saya sedar sebagai insan biasa, mana mungkin saya boleh menepati citarasa setiap insan dan pelanggan.

Terima kasih kepada 'anakanda-anakanda' yang memberi kesempatan kepada uncle mengacarakan majlis resepsi perkahwinan kalian. 

Terima kasih kepada  wedding planner antaranya, Wanie @ kerjakahwin.blogspot.com, Tuan Syed Nahar @ kampungpengantin.blogspot.com, Hisyam dan Cida @ djariartz-wedding.blogspot.com yang sudi bekerjasama dengan saya.
Ingat Kompang Ingat Jalal Kompang
Jujurnya, dengan mengacarakan majlis  saya berpeluang berkenalan  dengan individu yang sering menjayakan majlis resepsi perkahwinan termasuk Cikgu Jalal @ www.jalalkompang.com  dan Along @ A.G.I.M. (Adunan Gamelan Irama Melayu).

Alhamdulillah, selepas Aidilfitri saya bersiap siaga  mengacarakan beberapa majlis resepsi hingga Disember 2012. Antaranya;

-  Kampung Pengantin Kuala Lumpur
-  Dewan Gemilang FELDA, Kelana Jaya
-  Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur
-  Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
-  Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
-  Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur
-  Dewan Kompleks Kastam WPKL, Kelana   Jaya
-  Hotel De Palma, Shah Alam
-  Dewan Seri Endon, Putrajaya
-  Pusat Konvensyen Shah Alam
-  Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Along @ Adunan Gamelan Irama Melayu (A.G.I.M.)
Sesungguhnya, andai diizinkan-Nya bersuara dan berbicara, saya sentiasa teruja.  Insya-Allah, usia bukan halangan dan rintangan.

"Ya Allah, sesuatu itu tidak mudah kecuali Engkau memudahkannya.  Dan Engkaulah mempermudahkan sesuatu perkara yang sukar, dengan izin Engkau."

Semoga Allah terus memberi kekuatan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mr Emcee Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign